Tag Archives: pov

Tidak lupa…

24 Oct

Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak yang berumur 14 tahun. Budak ini bernama Anon. Anon merupakan salah seorang pelajar kelas A. Anon selalu merasakan dirinya tidak layak berada dalam kelas A kerana kelas A terdiri daripada pelajar yang bijak dan pandai.

Suatu hari, igaun ngeri Anon menjadi kenyataan. Anon gagal dalam salah satu subjek yang di ambilnya. Cikgu subjek tersebut telah mengatakan bahawa Anon tidak layak duduk dalam kelas A. Anon dipanggil ke hadapan kelas dan dijadikan contoh pelajar gagal. Segelintir pelajar kelas tersebut mengata Anon. Anon malu dan menangis di hadapan kelasnya. Bukannya Anon pinta untuk gagal. Kata-kata daripada pelajar dan Cikgu tersebut membuatkan Anon menangis teresak-esak.

Anon bertuah kerana mempunyai tiga sahabat baik. Kata-kata semangat daripada mereka membantu Anon meneruskan hidupnya.
Anon tidak berani memberitahu kepada ibu bapanya tentang perkara tersebut. Anon pendam dalam hati dan berikrar dan mahu menunjukkan kepada Cikgu tersebut yang Anon boleh berjaya mendapat A untuk PMR.

***** Setahun kemudian… *****

Anon berjaya mendapat A untuk subjek berikut. Cikgu itu mungkin telah lupa perkara tersebut tetapi Anon tidak. Kadang-kala Anon masih teringat wajah-wajah rakan sekelasnya yang mengata Anon. Anon tidak berdendam cuma Anon tidak dapat melupakan. Sehingga hari ni, detik ini, Anon tidak lupa… Tidak lupa…

World

International Headlines, Stories, Photos and Video

whoalaoweh

i like it just the way it is

scribblemumble

I'm a scribbler and a mumbler. Ko ada?