Macau – HK – Macau [Part I]

20 May

Assalamualaikum…

Alhamdulillah kami selamat kembali setelah bercuti 5 hari di negara orang.

Siapakah KAMI? Kami terdiri daripada Cik Cipot, Cik Ira, Cik Nami dan Cik Zizi. Sepatutnya Cik Ewen ikut skali, tapi dia sibuk g Jepun training.

Perjalanan ini telah dirancang selama 1 tahun yang lepas. Tiket ini dibeli semasa big sale AA. Harga tiket lebih kurang RM 261 untuk return tiket. Tambah Baggage, makan apa semua, adalah lebih kurang RM 350 kesemuanya.

Visa untuk ke Macau dan HK ni adalah Visa On Arrival. So tak payah apply kat ambassador.

Matawang HKD boleh diguna untuk di Macau dan Hong Kong. RM 40 ~ HKD 100.

Cadang nak beli tiket ke HK tapi mahal, so tukar ke Macau but still nak lepak di HK.

Jadi saya pun buatlah journal sepanjang perjalanan ktaorang nih. Meh check it out…

DAY 1 (27 April 2012)

  • Flight amek masa lebih kurang 4 jam. Landed at Airport International Macau around 5.30 pM. Terkasima tengok airport dorang. Runway airport ni, tepi2 dia laut. Jadi kalo lah abang pilot alpa sebentar, memang terjunam ke laut lah gamaknya. Nasib baik pilot ktaorang hebat. Dapatlah cecah kaki di bumi Macau ini dengan selamat.
  • Lepas sampai, terus amek teksi, gi ke ke Mo-Taipa Ferry Terminal.  Actually naik bas pun dekat dan lebih murah, tapi sebab ni first time sampai kat sini, ktorang naik teksi. Kene ‘belih’ oleh ajussi teksi nih. dahlah terminal nih sebelah airport je, dia caj HKD 50 ~ RM 20! *panas hati ini*

Dalam feri.

  • Harga tiket agak mahal drpd biasa sebab dah malam. Kalo siang murah sikit. Harga tiket dia HKD 175 . Ktaorang guna Cotai Ferry.
  • Feri berlepas pada pukul 7.00 malam. Sejam perjalanan. Sini da wifi. Pegawai imigresen dorang tak mesra alam. Main campak je passport aku. Dahlah tgk orang macam nak telan.
  • Smooth jer feri nih. Selesa sangat. Seperti biasa, tido mati dalam feri sebab penat. Hahahaha…
  • Sampai kat Shun Tak Centre, (pukul 8.00 mlm) trn tingkat bawah sekali guna MTR (time ni ktorg sesat, salah exit, so kene pakai jalan luar). Beli Kad Octupus (macam TnG) harga HKD 150 (HKD 100 untuk topup, HKD 50 untuk deposit kad)
  • Dari Stesen Sheung Wan nak ke Stesen Mong Kok,  kena tukar kat Stesen Central, ambil Line Merah.

 

dalam MTR, bukan LRT. hihihi…

  • Kuar guna exit D2, jalan sampai 2 blok, dan jumpalah tempat kediaman ktorang, Dragon Inn AhShan.
  • Lif kat Dragon Inn AhShan ni da dua, tapi ktorg pakai yang buka 24 hours. Pak cik Guard dia baik. Sekali tgk, dah leh afal muka visitoers sini. Lupa nak cakap, lif dia kecik, tambah lagi ngan beg ktorg yang gedabak, muat2 5 org je leh msk dlm lif.
  • Check In kat Dragon Inn, the landlady is quite friendly but she doesn’t know how to speaks in English. Nasib baiklah, assistant dia Filipinos yg tolong semua. Kagum tgk dia leh ckp Kantonis dan English dengan fluently.
  • Ahjumma yg tolong tunjukkan bilik kitaorang cakap dalam bahasa Kantonis, dan aku dgn selamba badaknya angguk-angguk faham. hahahaha… tapi memang aku paham pun dia cakap. Hasil titik peluh tengok drama HK kol 6 ptg masa kecik berhasil!!! weeewittt…!
  • Siap-siap unpacking, ktaorang jalan-jalan pusing tengok keadaan kat bawah, hirup udara HK, then masok tido. Simpan tenaga untuk keesokan harinya pulak.🙂

DAY 2 (28 April 2012)

  • Asal nak g Disneyland or Ocean Park, tapi duit tak ckp, so ingat nak jalan-jalan pusing HK saja. Location pertama adalah: Peak Tram.
  • Seawal 8.30 dah gerak kua dari Dragon Inn, naik MTR g Central, exit guna Peddler Street.
  • Sambil tuh, tengok bangunan and architecture dorang yang buat orang terlopong ternganga, lalu kat St. Joseph Cathedral. 

Lupe lak nama bangunan nih, tapi sbeelah dgn St John Cathedral la…

  • Jumpa location Peak Tram lepas tanya drirection daripada seorang Mat Salleh yang lalu depan mata ktaorang. Terus je sambar dia sebab tau dia reti cakap omputih. Lol.
  • Fees naik Tram nih HKD 28 sahaja.

Muzium tram, before nak naik tram, ktorg bergambar lu kat luar nih.

sambil tunggu tram dtg, sambil tu amek gambar. hihihi…

  • Time tuh hujan lebat, tapi memang menariklah naik tram nih. Bangunan menjadi 90 darjah dari pandangan mata sebab bukit tuh memang incline gila sudut dia.

Nami berlatarbelakangkan bangunan dalam tram… pssst.. sebelah Nami ya Abang sekampung nya. hihihi…

  • Dah sampai kat situ, mestilah nak tengok kat observation deck kan??? So, we bought ticket which was very expensive. HKD30 per entry using Octopus Card.
  • Memang breathtaking experience nengok HK dari atas tuh. siyes giler. CANTIK! AMAZING!

Feeling feeling black and white gitu

AHmahhhhhhzinggggg RIGHT?

amek senang, buat kolaj~ lol.

  • dalam tower tuh da Madame Tussauds Hong Kong, rugilah tak gambar ngan abang2 patung lilin kan? so kitaorang sepakat masuk, amek gambar sakan gila sampai penat bergambar kat dalam tuh. Ruginya abang IP man takda sebab dia melancong gi Madame Tussauds Bangkok. Tiket dia HKD 75 sahaja. sangat berbaloi.

Bae Yong Joon Oppa dgn Nami berskandallllll~~~

Cucuk lubang idungnya sebab curang ngan Kak Jen. #TeamJen

  • Kat sini kataorang jumpa wifi free, depan galiena, tram lama, outside Peak tram building.

boooo Chack!

This is how the building looks like from the outside.

Gambar kami berempat. Zizi, Nami, Cipot and me. We asked the tourist info lady to capture this pic. Thank You beautiful lady! we owe u this one.🙂

Dalam Tower tuh, da banyak kedai cenderahati. Ni salah satu drpdnya. Saya nasihatkan, jangan beli Tshirt kat sini sebab mahal.

  • Nak balik ke town, ktaorang turun guna bas. murah sesangat, tak sampai 2 HKD kot. Bapaklah driver bas nih bawak laju kemain. dahlah turun bukit berpusing-pusing macam kat genting. teruji degupan jantung aku. Destinasi seterusnya adalah Wan Chai sebab nak cari masjid.
  • Kitaorang jalan kaki, sampai kat Burrington Street (kaki macam dah tak rasa kaki sebab penat jalan jauh)
  • Then jumpa kedai makan Muslim dalam Burrington Read Cooked Food Centre, sebelah blok Chinese Muslim Cultural and Fraternal Association.

Ni bangunan tu…

Kedai Makan. Baik order daging daripada ayam sebab ayam tu masih da bau ayam. Get It? bau lantoh manok.

  • Tengah-tengah sesat nih, jmpa saudari seIslam , aku dengan Cipot pun memberanikan diri nak tanya kat mana musolla.
  • She is Indonesion, We were so grateful when we found her. Dia sampai amek gambar ktaorang sebab happy sangat2 jumpa ktaorang sambil-sambil tunjuk jalan kat mana musolla tuh.

Musolla

  • Ktaorang pun try makan Dim Sum halal kat kantin bangunan tu. Nama Bangunan ini Musllim Community Centre. Kantin tu da kat tingkat 7. memang sedap. Walaupun kenyang, aku tetap belasah gak sbb aku nak merasa dim sum tu.

Order dua jenis dimsum sahaja sebab dah bloated makan kat Food Court before tu.

Sebelum gi ke Musolla/Masjid tuh, lalu kat kedai kebab yang halal ini.🙂

Perjalanan ktaorang masih jauh dan aku rasa, aku tak muat nak letak dalam satu entry nih. So, nanti dalah sambungan entry nih. 2nd day ktaorang memang palun habis jalan. Malam dah jadi macam zombie sebab jalan jauh sangat. Tambah pulak cuaca kejap hujan, kejap panas, so memang sentiasa bersedia dengan payung dan poncho. Time ni baru halfday jalan. Next entry pasal Symphony Light, Ladies Market dan 2 buah Masjid.🙂

Tatata~~ Sampai ketemu lagi.

2 Responses to “Macau – HK – Macau [Part I]”

  1. arejue 18/04/2013 at 12:14 pm #

    Jauh ke dari mtr central berjalan ke lower terminus the peak tu?? Nk pergi june nnt..lagi satu kalo pergi the peak kalo xnaik ke sky terrace boleh ke nmpk permandangan sekeliling gak?? Madame tussaud dlm sky terrace ke??

    • i3rasaila 19/04/2013 at 7:38 pm #

      Saya rasa taklah jauh sangat sebab boleh nampak pemandangan dan jumpa old buildings di situ. Tapi kalau org tak biasa, memang jauhlah sebab rasa macam dlm setengah jam jalan aritu. Madame tu memang dlm Peak. Pastu kalo tak naik ke sky terrace, x blh nampak permandangan unless awak pergi ke satu tempat tu, x ingat nama dia, tapi dekat2 situ jugak. Dia boleh nampak 1 hk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

World

International Headlines, Stories, Photos and Video

whoalaoweh

i like it just the way it is

Fingers Delirium

Just another WordPress.com site

scribblemumble

I'm a scribbler and a mumbler. Ko ada?

%d bloggers like this: