5 days 4 nights in Seoul

25 May

Assalamualaikum…

Entry saya kali ini, khas untuk kawan-kawan saya yang dok bertanya macam mane pengalaman g Korea. Agak penat menjawab soalan yang sama untuk berulang kali. Nah, amek kau! Aku bagi satu entry ni ha.

WARNING: Tapi entry ni untuk percutian bajet, yang berjalan kaki, dan hanya di sekitar Seoul dan untuk backpackers.

Tempat menginap: Namsan Guesthouse (g klik kat situ kalo nak tanya harga ke apa smua… emel je oppa tuh, nanti dia reply.)

Tarikh aku bersuka-ria : antara autumn nak masok winter. (sejuk yang amat ok. berlapis-lapis baju aku) 2010

Belon : Now everyone can fly

1st day

  • Kua je dari Incheon Airport tu ha, g kat Info Counter, tanya brapa no bas nak g ke tempat korang menginap. Onnie tuh comel, tak reti kecek English tapi dia tau korang nak ape. Cakap je destinasi, CTH: City Hall. Nanti dia siap bagi no bus, pintu menunggu bas dan harga tiket. Nak tau lebih lanjut g kat sini. DELUXE LIMOUSINE BUS. Around W8 000-W10 000 only.
  • Namsan Guesthouse ni senang giler nak carik, ikut je dia punya direction. Sedap duduk kat sini. 10 minit je jalan ke Myeongdong. 5 minit jalan ke Namsan Cable Car.
  • Check in dan terus tido. Dah kol 12 malam kot. Dahlah kejutan budaya sejuk beruk time tuh, kene pulak naik bukit angkat beg yang berat gile. Sib baik Oppa tuh ensem. kuangkuangkuang…Β  pssttt…first time asap kuar daripada mulut. Sonok gila.

2nd day

  • Myeondong – memang heaven untuk shopaholics ok… gila meroyan nengok kadbod2 oppa-oppa skalian. Rasa nak angkut bawak balik. Da SPAO, BANC, UNIQLO, TheFACESHOP(makeup remover dia best gila), Natural republic, Etude House…sekadar menaip beberapa nama kedai. Nan hadooo..abis duitkuuu… Wahai kaum hawa.. handbag kat sini gila murah. Ada yang W10 000 tuh..mantap! cantik! Aku borong 3 handbag kat sini. Kira 30 ringgitlah satu handbag dia. Tapi serius cantik. Beza sangat ngan handbag Rm 25 kat times square. Pastu da banyak kedai kosmetik. Uniknya kedai kosmetik kat sini, dorang suka panggil korang yang lalu-lalang pastu bagi bakul. Lam bakul tuh da gifts.Korang beli ke tak beli, korang tetap dapat goodie bag tuh. 10 kali masok, 10 kali dapat. Percayalah~~Β  Nak tak nak tergoda aku angkut jugakah sebakul makeup. BB cream, maskara, ngn makeup remover. Ni bukan untuk aku sorang yer, untuk ibunda, dan adinda ku di rumah.

    Di awal pagi kat Myeongdong, kedai tak bukak lagi.πŸ™‚

    Etude House.πŸ™‚

    Pinjam sat Seung Gi.

    Lepak kat Coffee Beans. Penat jalan-jalan, kita rehat before balik ke markas.

    Myeongdong di malam hari. sangat meriah. ^_^

  • Namdaemun – korang jalan-jalan sikit daripada Myeongdong tuh, sampailah kat Namdaemun. Dia macam India Street Kuching. Harga souvenirs kat sini agak mahal drpd Insadong. Tapi kalo nak beli, bolehlah…Pasar ni macam pasar orang tua. Tak hip sangat untuk orang muda.

    Namdaemun market

    Cenderahati yang sangat comel. GERAM!

  • Dongdaemun – pasar borong. Tengok jer, takleh nak beli.
  • CO-EX– shopping kompleks yang besar. Tu jer leh cakap. Pergi kat situ sebab RM penah shooting kat situ.πŸ˜„

    dalam Co-Ex

3rd day

  • Namsan Tower– sangat cantik. naik cable car, bayar W15 000 untuk g balik. Sesuai untuk kaple-kapel dilamun cinta. Loving movinglah korang kat situ sambil kunci cinta korang kat pagar tu yer. Semoga kekal abadi till death do us apart gamaknya.

    Namsan Tower

    Kunci Cinta anda di sini.

    Serius sangat cantik tempat ini.πŸ™‚ Rugi tak mai sini.

    Ahernya, dapat gak gambar kat sini.

    Banyakkan… ^^

  • Yongsan – Lowyat Korea. Poloraid, camera dll. Pastikan kira barang yang dibeli sebelum kuar. Nanti kene tipu.😦 Macam ktaorg.
  • Itaewon– Naik Line 4. Kat sini da satu-satunya masjid di Seoul. Banyak restaurant halal di sini. Da supermarket halal, bakery halal, dan kebab halal. Sila google Itaewon kalo nak tau pasal Itaewon. Sini tak macam Seoul, town ni penuh ngan foreigners, da satu kedai tu jual handbag. Cantik dan murah. Nak tunjuk jalan tak reti lak. Kalo rajin, carilah yer.

    Masjid kat Itaewon.

    Mr. Kebab. I bought the large set. Lamb sangat sedap.

  • Hongdae – where arts meet streets. Mulut terngaga tengok deco mini cafe dorang or kedai-kedai dorang. Gila comelllll! Rasa nak angkut balik rumah jer. Dan untuk pengetahuan, kalau korang rajin, korang akan jumpa Cafe Coffee Prince. Hondae nih memang slalu jadi tempat shooting drama Korea contohnya My Delightful Chun Yang, Coffee Prince dan paling terbaru Marry Me Mary. Malam hari dia jadi ceria sebab kat sini byk kelab malam. Da byk underground musicians kat sini. Smua orang sibuk angkat gitar, cello kat blakang. Macho siooootttt~~~ Cuci mata sehabis baik ar time nih. Kat sini ada kebab halal jugak. Leh makan pas penat jejalan. Orang turki jual, dia siap ckp “Orang Malaysia? Apa Khabar?”Punyalah excitednya aku ngan Nami time tuh. hahahaha…

    So cuteeee.πŸ™‚

    Coffee Prince here.πŸ™‚

    Graffiti..

    Moon (Mary) penah duduk kat sini dan Jang Geon Seuk maen gitar. *Prasan jap*

  • Hongik University– universiti. Rugi lak g sana kalo tak nengok Universiti kat Korea.πŸ˜„

    Hongik University.

  • Sillim – G sini semata-mata nak g kedai makan seafood. Sedap. Waiter pun comel2. Dorang tak reti ckp bhs English, tapi yang bestnya, dorang gelak sebab ktaorang kuarkan buku ‘TALK in Korean‘. Lucu ar, macam ayam ngan itik jer cakap. Alhamdulillah, kenyang giler ar arituh. Use Line 2, rujuk peta subway kat bawah. Gate mane x ingat. Huhuhu…

    Udang ini diimport dari Malaysia. Made in Malaysia.

    Makan cabik dan udon.

4th day

  • Gyeongbokgung Palace– cantik. Meneliti kecantikan istana lama. Leh masok kat National Palace Museum and the National Folk Museum skali. dorang sebelah nyebelah. Bayaran tiket tak ingat tapi murah je bang. Tak sampai W10 000.

Gyeongbokgung Palace, baca map sat.

Sesi potograpi jap yer..

Bergambar ngan oppa guard. very the smart.πŸ™‚

Walking along the road in the Palace. This palace is so HUGE!

Menanti Oppa Daesung aku…XD

  • Insadong – saya amat SUKA tempat ini. Bangunan lama masih dikekalkan. Berdekatan dengan palace tuh. Oh God, stiap kali teringat Insadong mesti nak belari balik ke Korea(macamlah kau dapat g sana ngan belari *dush dush*). Jalan-jalan pusing-pusing, jumpa Vegetarian Restaurant. Apa lagi, kita melantaklah. First time makan nasik. Gila sedap ar, makan tauhu jer pun. Hahahaha…

    Sedap gila. da nasik, kimchi, tauhu(yang dalam mangkuk hitam), dan side dishes yang laen.

    Depan kedai makan. Dah kenyang dah. *burpppp* Alhamdulillah.

  • Ssamziegil – Bangunan ni aku leh katakan macam Pasar Seni. Kat sini da satu kedai photobooth, leh pakai hanbuk, free ok! Apa gi, ktorang pakai a, posing sana sini rasa korea kunun nya. Oppa dia ni tau ar cakap English. Gila excited dgr orang paham English. Huhuhu.. Harga dia W10 000 untuk satu sesi.

    Ssamziegil

  • Han Kang – korang, kalo g Seoul, wajib g sini. Nilah waterfront korea. Cuma sini sangat best. Kene g sini sendiri baru tau nape best. Leh sewa basikal, W2000 sahaja. Dekat sini (dekat ke?), da 69 building. Bayaran masok mahal..tapi berbaloi.

    One of the bridge in Han Kang. Sesuai untuk jalan-jalan ngedate.πŸ˜„

    Berlatarbelakangkan 63 Building. My Girl buat kat sini.πŸ™‚

5th day

  • Myeongdong – habiskan won-won yang ada. Lepak kat coffee beans. Check out. Balik.

FAQs:

1. Ko gi sana tukar duit kat Korea ke kat Malaysia?

Malaysia sayang.. Kat sana money changer dia tak melambak macam kita. Kene tukar kat bank, tu pun dorang takda duit Ringgit. Kalo nak bawak dollar, tu senang tukar. Kad maybank leh pakai kat sini, asal ATM dia da tulis ‘GLOBAL’

2. Ko stay kat mana?

Rujuk balik entry aku kat atas nuhhhh… baca elok2.

3. Makan camne? Senang ker?

Alhamdulillah, ktorang senang cari makanan halal. Taklah kebulur. Tapi aku nasihatkan bawaklah maggi dan milo 3in1. Tu penting tuh. Kalo boleh, lam flight, belilah makanan. Lapo kang sampai kat Incheon tu.

4. Ko jalan je ke? Or kau tau jalan?

Ni aku nak cite ni, sebenarnya aku tak tahu jalan. Sumpah. Aku maen baca peta jer, tanya ngan orang tepi jalan dan ekot signboard. Kita mesti berani, berani jalan kaki dan berani bertanya.Β  70% pengembaraan ini, kami berdua pakai subway and light railway je g mane2.Β  Beli T-money yang berharga W1500, pastu topup ar setiap kali pakai. Very convenience. Satu g, kaki korang mesti kuat. Sebab aku dah biasa bejalan kaki, no problem untuk aku. Da brani jalan ngan aku? Speed aku bejalan kaki sangat laju. Nak kasi korang kenal-kenal sikit line subway kat Seoul. Sila study yer kawan-kawan.

Cr: Asiantravelhi

5. T-money tu apa pulak?

Tu macam kad touch n go. Kad ni ko leh pakai naik stiap kali naik subway ngan bas dorang. Boleh beli kat 7 -11, atau mana2 kedai yang da logo T-money. Time aku aritu, aku top W10 000, W5 000 dan last skali sebelum balik W 5000.

6. Dorang reti cakap English ke?

Oh, malang nya tidak.😦 Tapi guna body language faham kot or buat-buat faham, macam ktorang. Tapi boleh jer kalo korang tanya English, dia orang jawab lam Korea. Hihihihi..  Pastuh, kalo ko jenis aku, ko tau orang tu ngata ke dok. Penjual ahjumma(mak cik) slalunya kerek kit. Siyes aku cakap. Mak cik tuh bising kot time aku tgh beli stokin. Ingat aku tak paham Hangul. Amek ko! Aku paham okeyh. Stokin dia murah dan comel sangat. Aku paling banyak beli stokin. (banggalakunun)

7. Perlu ke blaja bhsa korea?

Atleast lah kan, retilah cakap Annyeong Haseyo dan Kamsahamnida. Kalo advance g, lagi elok. Kalo reti baca hangul pun, lagi elok. Macam aku nih, dah karat sangat bahasa Korea, tau baca jer, tapi maksudnya idoklah teman faham.

8. Pa yang best sangat korea nihhh? yang ko agung-agungkan sangat?

Entahlah, bagi aku culture, history sesebuah negara tu buat aku tertarik. Okpos shopping no2. Hahahaha… Untuk wanita, Korea adalah heaven: Handbag,Kasut, Stokin kiut-miut, makeup. Untuk Kpop fans: Kpop merchandise dan Seoul itu sendiri.

Tapi satu aku puji, dorang da sedia agen pelancongan kat hot spot pelancong. Pakai baju merah, topi merah, dorang akan tolong pelancong n reti cakap English, Mandarin, Jepun. Gila peramah dan sudi bantu kitaorang yang bawak muka kompiden g sana-sini. Kantoi sebab bawak maps n backpack sentiasa. Siap bagi map kedai. aku ulangi, MAP KEDAI, manenya aku galak ngabis duit kat sana.

Dan satu lagi disiplin dorang. Korang kene naik railway dorang baru korang faham apa yang aku katakan ini. Sangatlah malu bila teringat LRT kita. Bukan pasal LRT ok, pengguna LRT. Yer, awak dan saya.

9. Apa persiapan perlu buat sebelum g Korea?

Pertama kali, research yer. Tak salah ar, kalo ko google lu pasal Korea. Sebab itu yang aku buat pas beli tix yang 6 bulan awal drpd tarikh berlepas. Da byk website korang leh g. Smuanya berguna. Aku nak tulis satu-satu pun malas kan. Takkan semua kene suap. G cari sendiri yer.πŸ™‚

Kedua, bawak duit. cukup untuk semua, dan cukup untuk emergency.

Make sure semua dokumen nak dibawak tu ada. Kang tertinggal, naya la pulak.

Tengoklah korang giΒ  musim apa, kalo winter bawak baju sejuk. jangan jadi macam cita Helo Stranger sudah. Hahahaha…XD

Takda g kot. Entahlah. Pandai-pandailah korang. Dah besar panjang kot.

10. Harga cd/album murah ke? kat mana nak beli?

Sangat murah!!! Beli je kat mane-mane kedai cd. Yang aku beli arituh kat CO-EX dan da dua kedai CD kat shopping bawah tanah subway Myeongdong. Kat situ da jual poster, merchandise dan laen-laen.

11. Soalan bonus, brapa banyak ko berhabis kat sana? termasok tiket?

Ehem-ehem, yang ni den malu ckitlah.. den bukan kerja pun, arap duit jual tudung jer, Mak bagi ckit, Bapak bagi cikit, dapat ar tunai impian jejak ke negara Korea Selatan nih. Rm 1000 untuk makan, penginapan, duit tambang kapal terbang, duitΒ  T-money, duit teksi nak gi epot(time balik). Pastu around RM 1800 untuk belanja. Untuk pengetahuan, W100 000=Rm295. Kira, duit kita sangat kecik daripada dorang.

**Untuk mudah, belilah buku Lonely Planet. RM 80++ saja.

**Entry ni aku buat 3 ari, kalo rajin, silalah rate yer, Kalo terlebih rajin, sila komen.πŸ˜„

** Da papa soklan, sila tanya. Jangan segan. ^^

**Enjoy ur vacation yer kawan-kawan.πŸ˜„

23 Responses to “5 days 4 nights in Seoul”

  1. nys 25/05/2011 at 4:36 pm #

    wahh iera!!best ehh T_T aku mok pegi!huhu blalah aku mok pegi korea tok.huhuhu

    nk psl disiplin subway cdak ya,cdak xmcm kta nk?tolak-menolak.org yg mok msuk,tnggu kat tepi sak org d dlm blh kluar nk?tol x?hahah

    anyway,best eh ko pun trip tok!mun ada rezeki klak aku pegi.heheh

    • i3rasaila 25/05/2011 at 4:45 pm #

      aok. serius best. mek duak nami tek mala teringat-ingat.πŸ˜„
      sidak sangat disiplin, dahla berjalan dalam barisan masok lrt. aku sangat suka benda kedak tok. hahahaha… pelik da jak dikagum ku.

      • nys 25/05/2011 at 4:58 pm #

        ahahaha biasalah..aku rsa mun ko lmk d korea nun msti terbiasa.aku plg msia ariya,aku rsa plek/xbiasa bla bnda yg aku slalu nngga ctok org msia xplh.heheh

      • i3rasaila 25/05/2011 at 10:39 pm #

        yalah.. aku suka bah benda kedak ya. sikdalah ku suka gilak mun life kita jadi macam tentera tapi disiplin, punctual ya aku suka. maybe aku skema li. hahaha…

  2. enon 15/06/2011 at 9:23 am #

    As Salam, juz nak tny la….awk booking kt namsan guesthouse tu brape bln sbelum pegi eh?kene deposit upon booking x?ok tak kt c2(org-orgnye,environmentnye,keselesaannye)..sbb sy nk g sane thn dpn…igt nk dok kt c2 gak….tq

    • i3rasaila 17/06/2011 at 12:52 am #

      ws.
      booking 1 month before pegi.
      tak pelu deposit.
      kat situ selesa smua. tempat dia ok. nice ar orang2 dia. ada gak lepak2 nya guests laen yg duduk kat situ.
      cuma bilik dia kecik. tu jer. tapi apa yg dia iklan kat laman web dia, memang sebijik sama.
      hope this can help u. ^^

      • enon 18/06/2011 at 7:34 pm #

        oo…ok2….tqvm for the info…hopefully kitorg sempat booking sbelum full..hehe

  3. MarinYoona 24/02/2012 at 7:51 pm #

    salam..
    haii..annyeong!!
    nak tnya..dri namsan guest house nk ke myeongdong yg ada spao etc tu.. kena nek subway jgak ka? atau berjalan kaki ja.. jauh x?

    • i3rasaila 26/02/2012 at 10:47 am #

      ws. namsan dgn myeongdong jalan kaki je. 10 minit je dari namsan. seberang jalan. memang dekat gile.πŸ™‚

      • MarinYoona 26/02/2012 at 12:00 pm #

        yaka..yeah!!! nak pi SPAO, The Face Shop n innisfree shop tue… hihihi ^^
        TQ atas info yer ^^ sgt2 hargai

  4. shida sahari 09/09/2012 at 1:50 pm #

    best la blog ko…hehe

    • i3rasaila 18/09/2012 at 8:47 pm #

      terima kasih. silalah melawat lagi. hihihi…

  5. sarah 10/11/2012 at 5:54 pm #

    Assalamualaikum W.B.T., hye, nak tanye pasal Namsan Guesthouse boleh? hari tuh sy nak book yg double decker bed punye tapi dh full. yg tinggal yg takde katil… huhu. nak tanya kamu amek yg ade tilam ke tak? sbb sy arituh tanye tinggal atas lantai je.. huhu… takot saket badan je and tilam die nampak nipis… hope u reply my comment… thnx in advance… =)

    • i3rasaila 20/11/2012 at 4:14 pm #

      ws. saya amek yang da katil. tak tahu la pulak yang tilam nipis atas lantai tu. sorry lambat reply sebab tak perasan message masuk.

  6. sarah 10/11/2012 at 6:30 pm #

    *kamu amek yg ade katil ke tak? (sorri typo)

  7. dila 25/03/2013 at 3:14 pm #

    nak tye,klu bawak duit rm1000 untuk shopping kat sna,agak2 ckup x?hu..risau tkaot terlebih belanje~~ngee

    • i3rasaila 28/03/2013 at 11:45 am #

      duit transport n hostel tu kena asing awal. handbag n kasut kat sana murah, rasanya ok je kot bwk 1K.

  8. akin 08/06/2013 at 7:25 pm #

    nak tanye a few questions jugak.

    1.set makanan korea slalunya range dia brapa ek?terasa nak test2 makan makanan dorang kat sana.

    2.agak2 kn klu jalan2 guna subway for 6days, cukup x 50k won untuk t-money?

    takut duit tak cukup..hee~

    thank youπŸ™‚

    • i3rasaila 12/06/2013 at 6:33 pm #

      1. kalau vegetarian dalam 8-10 k won. kalau seafood da yang mencecah 25k won satu set. kalo kebab 8k won untuk 1 set. kalo ddeokbuki 2-3k won satu.

      2. tengok kekerapan guna subway. kalo kurang jalan cukup kot sebab tambang dia dalam 1k-2k won untuk satu-satu stesen.

      p.s enjoy ur holiday! ~πŸ™‚

  9. Eliza 08/06/2013 at 9:19 pm #

    Sgt informative! Tqvm..nak gi seoul bulan 9 ni..

  10. moon 02/09/2013 at 10:03 pm #

    nk tanye..awk g autumn nk ke winter kan? dalam bape hb ye? coz saye g dalam 9 till 18 nov..takot gak nk winter mase tu..

    • i3rasaila 17/09/2013 at 5:35 pm #

      saya pergi hujung bulan 11. time tu tak sejuk sangat. boleh bawak sweater.πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

World

International Headlines, Stories, Photos and Video

whoalaoweh

i like it just the way it is

Fingers Delirium

Just another WordPress.com site

scribblemumble

I'm a scribbler and a mumbler. Ko ada?

%d bloggers like this: